Monday, February 8, 2010

RIVER RANGER MPP ZON 8

En. Azwan daripada Jabatan Perancang memberi serba sedikit taklimat pengenalan mengenai Program River Ranger yang akan dijalankan


Ucapan alu-aluan daripada En. Adzhar Maludin Pengerusi MPP Zon 8


Taklimat River Ranger telah disampaikan oleh Dr. Kaligatesen daripada GEC (Global Environment Centre)

Peserta-peserta tekun mendengar taklimat daripada perunding GEC iaitu Dr. Kalitegesan

Peserta-peserta tiba di tempat ujian air iaitu di Kunci Air Seksyen 24 dan bersiap sedia untuk melakukan ujian
Pto Mpp Zon 8 turut sama mempelajari cara-cara menguji kualiti air sambil dibantu oleh Dr. Kali



Pengerusi MPP Zon 8 En. Adzhar Maludin turut mengambil air untuk diuji

Dr. Kali sedang menerangkan sesuatu tentang cara-cara mengisi kad laporan sungai/ujian kualiti air kepada peserta sambil diperhatikan oleh En. Adzhar Pengerusi MPP Zon 8



Tarikh : 06 Februari 2010 (Sabtu)
Masa : 2:00 petang
Tempat Taklimat : Dewan MPP Zon 8 Seksyen 24
Tempat Ujian Air : Kunci Air Jalan Bawang 25/33B Seksyen 24

Program River Ranger MPP Zon 8 telah diadakan pada 06 Februari 2010 jam 2:00 petang. Program ini telah dirasmikan oleh En. Adzhar Maludin selaku Pengerusi MPP Zon 8.
Taklimat River Ranger ini telah diadakan di Dewan MPP Zon 8 dan telah disampaikan oleh Dr. Kalitagesan daripada GEC (Global Environment Centre). Zon-zon yang terlibat sama pada petang tersebut ialah Zon 6 & 9. Program ini bertujuan untuk menguji tahap kualiti air Sg. Klang yang terdapat di MPP-MPP Zon yang terletak berhampiran Sg. Klang. Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar supaya tidak tercemar oleh bahan buangan dan toksik. Selepas selesai sesi taklimat setiap MPP Zon dibekalkan dengan satu ' Water Quality Testing Kit" untuk memudahkan MPP melakukan sendiri ujian air selepas ditunjuk ajar oleh perunding GEC iaitu Dr. Kali. Peserta-peserta River Ranger telah dibawa menaiki van ke lokasi-lokasi terpilih untuk mengambil ujian air dengan dibantu oleh Dr. Kali supaya setiap penilaian yang dibuat akan mendapatkan keputusan yang tepat.


KEPUTUSAN UJIAN PEMERIKSAAN KUALITI AIR SUNGAI

TEMPAT : KUNCI AIR JALAN BAWANG SEKSYEN 24

Kategori (1) Penggunaan Tanah

Markah = 6 (Digunakan untuk kegiatan komersil, rekreasi dan perumahan)


Kategori (2) Sampah Sarap

Markah = 4 (Banyak sampah dibuang seperti plastik dan tin, atau banyak pertumbuhan alga)

Kategori (3) Paip dan Longkang

Markah = 5 (Tiada paip drpd. perindustrian, tetapi terdapat beberapa drpd. longkang monsun)

Ketegori (4) Struktur Tambahan/Pengubahsuaian)

Markah = 4 (Terdapat beberapa struktur tambahan / beberapa perubahan pengaliran sungai)

Kategori (5) Bau

Markah = 8 (Bau yang sangat sedikit, mungkin disebabkan oleh pereputan semulajadi)

Kategori (6) Keadaan Air

Markah = 6 (Sedikit warna dan bahan terampai)


Kategori (7) Tumbuh-tumbuhan

Markah = 3 (Campuran tumbuhan semulajadi, banyak kawasan diterangkan dan terhakis)

Kategori (8) Haiwan Bertulang Belakang

Markah = 4 (Dua jenis vertebrata dijumpai)

Kategori (9) Pergerakan Air

Markah = 5 (Pergerakan pada kelajuan seakan berjalan perlahan-lahan, alunan air)

Pemarkahan Keseluruhan Ujian ialah = 45 Markah (41-60 = sederhana)



Keputusan Ujian "Chemical Monitoring'



No comments:

Post a Comment