1 Mac baru baru ini, MPP Zon 6 dengan kerjasama JKKK Kg Padang Jawa telah mengadakan kempen Kutipan Minyak Masak Terpakai yang disasarkan kepada pengusaha kedai makan serta penduduk tempatan. Modus operandi kempen ini dijalankan adalah dengan mengumpulkan minyak masak terpakai dalam tong yang telah disediakan untuk mengelakkan mereka daripada membuang sisa sungai ke sinki yang akhirnya boleh mengalir ke dalam sungai Klang.
Kempen ini selari dengan hasrat river ranger yang di adakan iaitu untuk memupuk kesedaran penduduk tempatan terhadap kesedaran mereka untuk menjaga kebersihan sungai. Menurut fakta sains, minyak tidak dapat larut ke dalam air kerana mempunyai ketumpatan yang berbeza. Maka, hal ini bisa mendatangkan masalah terhadap kualiti air sungai jika pembuangan minyak ke dalam sungai dibiarkan secara bebas. Justeru, atas kesedaran inilah pihak penganjur berhasrat untuk mendidik disamping menyediakan alternatif dalam tindakan kita bersama untuk memelihara kebersihan sungai ini seterusnya dapat menjayakan agenda perlaksanaan river ranger.
Pada jam lima petang, Ahli Majlis, Setiausaha Kehormat serta setiausaha kerja MPP Zon 6 telah bersedia menuggu AJK JKKK Kg Padang Jawa untuk memulakan operasi pengagihan tong kosong yang boleh mengisi sekitar 20 liter, 15 tong berjaya di edarkan. Antara sasaran untuk di edarkan tong tersebut adalah kedai kedai makan, gerai goreng pisang serta rumah penduduk kampung yang mengadakan kenduri kahwin. Semua tong ini di edarkan percuma dan servis penghantaran dan pengambilan tong juga percuma. Sehingga hari ini, minyak terpakai yang telah berjaya dikumpulkan dalam sebuah tong yang besar adalah sebanyak 200 liter. Walaupun aktiviti pengedaran tong serta kutipan semula ini di lihat suatu yang simple namun implikasinya sangat besar kerana kuantiti minyak sebanyak 200 liter (sehingga hari ini) berjaya kita selamatkan daripada terus mencemari sungai kita. Usaha ini akan dijalankan secara berterusan memandangkan kepentingannya serta sokongan padu JKKK Kg Padang Jawa serta kerjasama yang amat baik telah diberikan oleh pengusaha kedai makan, gerai goreng pisang serta penduduk tempatan. Semoga kempen ini berjaya membentuk kesedaran dalam diri kita untuk lebih berhati hati dan tidak bersikap sambil lewa yang boleh memudharatkan alam sekitar.
Pada 7 februari yang lalu, MPP zon 6 telah menjalankan aktiviti river ranger di peringkat zon 6 dengan kerjasama MPP zon 8 dan MPP zon 9. Program telah bermula pada jam 2.00 petang iaitu taklimat di Dewan Komuniti IT MBSA MPP Zon 8. Selesai taklimat dijalankan, semua peserta river ranger bergerak ke tapak sample air sungai di ambil. MPP Zon 6 telah memilih tapak sample air sungai di ambil adalah daripada kawasan Sungai di pinggir Kampung padang Jawa.
Berikut merupakan keputusan bacaan yang telah di ambil daripada aktiviti river ranger tersebut.
Untuk kategori 1 ( Penggunaan Tanah ) Pemarkahan yang telah di perolehi untuk kategori penggunaan tanah ini adalah 3 markah. Ia menunjukkan bahawa terdapat beberapa industri di kawan ini dan sebahagian kawasan tanah telah dilapangkan.
Untuk kategori 2 ( Sampah-sarap ) Pemarkahan yang telah diperolehi untuk kategori ini adalah sebanyak 1 yang menunjukkan bahawa terlalu banyak smpah dibuang seperti tayar, plastik dan tin serta terdapat selaput ber,minyak dan juga pertumbuhan alga.
Untuk kategori 3 ( Paip dan longkang ) Pemarkahan yang telah di perolehi untuk kategori ini adalah 3 yang menunjukkan bahawa terdapat beberapa paip atau terusan di sekitar kawasan ini.
Untuk kategori 4 ( Struktur tambahan / pengubahsuaian ) Pemarkahan yang telah diperolehi untuk kategori ini adalah sebanyak 1 markah yang menunjukkan bahawa terdapat banyak struktur tambahan dan pengubahsuaian yang besar terhadap perubahan pengaliran sungai.
Untuk kategoti 5 ( Bau ) Pemarkahan yang telah diperolehi untuk kategori ini adalah sebanyak 4 markah yang bermaksud terdapat bau yang kuat pada sample air yang mana bau tersebut adalah bau yang datang bukan daripada bahan semulajadi.
Untuk kategori 6 ( Keadaan air ) Pemarkahan yang telah diperolehi untuk kategori keadaan air ini adalah sebanyak 4 iaitu sample air menunjukkan bahawa air sedikit keruh dan / atau sedikit kehijauan dan mempunyai bahan terampai atau lapisan berminyak.
Untuk kategori 7 ( Tumbuh-tumbuhan ) Pemarkahan yang telah diperolehi untuk kategori ini adalah sebanyak 1 yang menunjukkan bahawa banyak tumbuhan yang diperkenalkan, banyak kawasan diterangkan dan lapang, terdapat padang rumput dan juga berlaku hakisan yang teruk di sekitar kawasan ini.
Untuk kategori 8 ( Haiwan bertulang belakang ) Pemarkahan yang diperolehi untuk kategori haiwan bertulang belakang ini adalah kosong, yang bermaksud tiada langsung vertebrata yang dijumpai.
Untuk kategori 9 ( Pergerakan air iaitu suara sungai ) Pemarkahan yang diperolehi untuk kategori ini adalah 6 yang menunjukkan bahawa pergerakan air sungai pada kelajuan seakan perlahan-lahan dan tedengar bunyi alunan air.
Manakal berikut merupakan Nilai Pemboleh ubah yang telah di perolehi sepanjang aktivit river ranger inidi tapak tersebut.
Tarikh : 07 Februari 2010 (Ahad). Masa : 2.00 petang. Tempat Taklimat : Dewan MBSA 27A, Jalan Sg. Gapis 27/71, Seksyen 27, 40400 Shah Alam. Lokasi pemeriksaan kualiti air : Taman Alam Indah, Seksyen 33.
Program River Ranger Sg. Klang ini telah diadakan pada 07 Februari 2010 jam 2:00 petang dan telah dirasmikan oleh En. Tan Ah Kow @ Tan Sie Wei selaku Pengerusi MPP Zon 12. Sesi taklimat program ini telah diadakan di Dewan MBSA 27A, Jalan Sg. Gapis 27/71, Seksyen 27 dan telah disampaikan oleh Cik Syafinas daripada GEC (Global Environment Centre). Zon-zon yang terlibat sama pada petang tersebut adalah Zon 12. Antara zon-zon lain yang terlibat secara langsung untuk program ini adalah Zon 6, 8 , 9, 11 &15.
Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kualiti air di Sg. Klang yang terdapat di MPP-MPP zon yang terletak disepanjang Sg. Klang. Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjaga sungai dan alam sekitar supaya sentiasa bersih daripada bahan-bahan buangan dan toksik.
Selepas selesai taklimat setiap MPP Zon dibekalkan dengan satu ‘Water Quality Testing Kit’ iaitu alat untuk melakukan uji kaji terhadap kualiti air. AJK MPP dibawa kenderaan Majlis ke lokasi yang telah dipilih untuk mengambil ujian air/ menguji kualiti air dengan bantuan dan nasihat daripada Cik Syafinas bagi mendapatkan keputusan ujian yang tepat.
PEMERIKSAAN AIR
KATEGORI 1 PENGGUNAAN TANAH Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 1 iaitu Banyak industri, hampir keseluruhan tanah telah dilapangkan, tanah terdedah persekitaran terganggu.
KATEGORI 2 SAMPAH SARAP Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 1 iaitu Terlalu banyak sampah dibuang seperti tayar, plastik dan tin, selaput berminyak dan pertumbuhan alga.
KATEGORI 3 PAIP DAN LONGKANG Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 1 iaitu Terdapat banyak paip daripada perindustrian, dan/atau loji kumbahan, dan/atau longkang monsun.
KATEGORI 4 STRUKTUR TAMBAHAN/PENGUBAHSUAIAN Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 8 iaitu Tiada langsung struktur tambahan atau pengubahan tidak semulajadi.
KATEGORI 5 BAU Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 6 iaitu Bau bahan reput, atau sedikit bau bukan semulajadi.
KATEGORI 6 KEADAAN AIR Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 3 iaitu Sedikit keruh dan/atau sedikit kehijauan dan mempunyai bahan terampai atau lapisan minyak.
KATEGORI 7 TUMBUH-TUMBUHAN Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 6 iaitu Campuran tumbuhan semulajadi dan diperkenalkan, terdapat beberapa kawasan diterangkan. Sedikit hakisan.
KATEGORI 8 HAIWAN BERTULANG BELAKANG Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 9 iaitu Lebih daripada tiga jenis vertebrata dijumpai.
KATEGORI 9 PERGERAKAN AIR ( SUARA SUNGAI ) Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 8 iaitu Pergerakkan baik, kelajuan seakan berjalan laju, alunan air.
Pemarkahan keseluruhan diperolehi ialah 43 iaitu sederhana bermakna air sungai Taman Alam Indah, Seksyen 33 berkualiti sederhana.
Tempat: Dewan MBSA Kampung Sungai Kandis (Taklimat)
Lokasi : Kunci Air Kampung Lombong Syeksyen 29, Shah Alam.
pemeriksaan
kualiti air
Program River Ranger Sg. Klang ini telah diadakan pada 07 Februari 2010 jam 9:00 pagi dan telah dirasmikan oleh En. Abdul Manaff b. Hj. Yusoff selaku Pengerusi MPP Zon 15.
Sesi taklimat program ini telah diadakan di Dewan MBSA Kampung Sungai Kandis dan telah disampaikan oleh Cik Syafinas daripada GEC (Global Environment Centre). Zon-zon yang terlibat sama pada pagi tersebut adalah Zon 15. Antara Zon-zon lain yang terlibat secara langsung untuk program ini adalah Zon 6, 8 & 9,10,&12.
Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kualiti air di Sg. Klang yang terdapat di MPP-MPP zon yang terletak disepanjang Sg. Klang. Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjaga sungai dan alam sekitar supaya sentiasa bersih daripada bahan-bahan buangan dan toksik.
Selepas selesai taklimat setiap MPP Zon dibekalkan dengan satu ‘Water Quality Testing Kit’ iaitu alat untuk melakukan uji kaji terhadap kualiti air. Ajk-Ajk MPP dibawa menaiki van ke lokasi yang telah dipilih untuk mengambil ujian air/ menguji kualiti air dengan bantuan dan nasihat daripada Cik Syafinas bagi mendapatkan keputusan ujian yang tepat.
PEMERIKSAAN AIR
KATEGORI 1
PENGGUNAAN TANAH
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 10 iaitu
Keadaan asal terpelihara, tiada penggunaan dari manusia.
Punca-punca air : Punca air dari saliran asal kampong ke kampong.
KATEGORI 2
SAMPAH SARAP
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 8 iaitu
Satu dua samapah di buang dan terdapat daun daripada tumbuhan sekitar terapung di atas air.
KATEGORI 3
PAIP DAN LONGKANG
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 6 iaitu
Tiada paip daripada perindustrian tetapi terdapat beberapa daripada longkang monsun.
KATEGORI 4
STRUKTUR TAMBAHAN/PENGUBAHSUAIAN
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 7 iaitu
Tiada struktur konkrit atau perubahan minima terhadap pengaliran sungai
KATEGORI 5
BAU
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 9 iaitu
Bau yang sangat sedikit , mungkin di sebabkan oleh proses pereputan semulajadi.
KATEGORI 6
KEADAAN AIR
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 7 iaitu
Sedikit warna dan bahan terampai
KATEGORI 7
TUMBUH-TUMBUHAN
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 10 iaitu
Sebahagian besarnya adalah tumbuhan semula jadi, sedikit kawasan diterangkan, tumbuhan semulajadi sehingga jarak 30m dari tebing sungai.Tiada hakisan.
KATEGORI 8
HAIWAN BERTULANG BELAKANG
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 0 iaitu
Tiada langsung vetebrata yang dijumpai.
KATEGORI 9
PERGERAKAN AIR ( SUARA SUNGAI )
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 8 iaitu
Pergerakan pada kelajuan seakan berjalan perlahan-lahan, alunan air.
Pemarkahan keseluruhan diperolehi ialah 65 iaitu sederhana bermakna air sungai Kampung Lombong berkualiti baik.
Tempat : Dewan MBSA 27A, Jalan Sg. Gapis 27/71, Seksyen 27, 40400 Shah Alam. (Taklimat)
Lokasi pemeriksaan kualiti air : Kunci Air Kg. Baru Hicom, Seksyen 26
Program River Ranger Sg. Klang ini telah diadakan pada 07 Februari 2010 jam 2:00 petang dan telah dirasmikan oleh En. Tan Ah Kow @ Tan Sie Wei selaku Pengerusi MPP Zon 12.
Sesi taklimat program ini telah diadakan di Dewan MBSA 27A, Jalan Sg. Gapis 27/71, Seksyen 27 dan telah disampaikan oleh Cik Syafinas daripada GEC (Global Environment Centre). Zon-zon yang terlibat sama pada petang tersebut adalah Zon 12. Antara zon-zon lain yang terlibat secara langsung untuk program ini adalah Zon 6, 8 , 9, 11 &15.
Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kualiti air di Sg. Klang yang terdapat di MPP-MPP zon yang terletak disepanjang Sg. Klang. Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjaga sungai dan alam sekitar supaya sentiasa bersih daripada bahan-bahan buangan dan toksik.
Selepas selesai taklimat setiap MPP Zon dibekalkan dengan satu ‘Water Quality Testing Kit’ iaitu alat untuk melakukan uji kaji terhadap kualiti air. AJK MPP dibawa menaiki van ke lokasi yang telah dipilih untuk mengambil ujian air/ menguji kualiti air dengan bantuan dan nasihat daripada Cik Syafinas bagi mendapatkan keputusan ujian yang tepat.
PEMERIKSAAN AIR
KATEGORI 1
PENGGUNAAN TANAH
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 2 iaitu
Beberapa industri, sebahagian dari kawasan telah dilapangkan.
KATEGORI 2
SAMPAH SARAP
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 5 iaitu
Ada beberapa sampah dibuang seperti plastik dan sisa kebun.
KATEGORI 3
PAIP DAN LONGKANG
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 1 iaitu
Terdapat banyak paip daripada perindustrian, dan/atau loji kumbahan, dan/atau longkang monsun.
KATEGORI 4
STRUKTUR TAMBAHAN/PENGUBAHSUAIAN
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 8 iaitu
Tiada langsung struktur tambahan atau pengubahan tidak semulajadi.
KATEGORI 5
BAU
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 8 iaitu
Bau yang sangat sedikit, mungkin disebabkan oleh pereputan semulajadi.
KATEGORI 6
KEADAAN AIR
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 3 iaitu
Sedikit keruh dan/atau sedikit kehijauan dan mempunyai bahan terampai atau lapisan minyak.
KATEGORI 7
TUMBUH-TUMBUHAN
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 3 iaitu
Campuran tumbuhan semulajadi dan diperkenalkan, terdapat beberapa kawasan diterangkan. Sedikit hakisan.
KATEGORI 8
HAIWAN BERTULANG BELAKANG
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 5 iaitu
Dua jenis veterbrata dijumpai.
KATEGORI 9
PERGERAKAN AIR ( SUARA SUNGAI )
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 2 iaitu
Sedikit pergerakan dengan air yang bercampur-campur, kedalam cetek.
Pemarkahan keseluruhan diperolehi ialah 37 iaitu tidak baik bermakna air sungai Kampung Baru Hicom berkualiti tidak baik.
Tempat : Dewan MBSA Kampung Sungai Kandis (Taklimat)
Lokasi : Kunci Air Kampung Sungai Kandis
pemeriksaan
kualiti air
Program River Ranger Sg. Klang ini telah diadakan pada 07 Februari 2010 jam 9:00 pagi dan telah dirasmikan oleh En. Abdul Manaff b. Hj. Yusoff selaku Pengerusi MPP Zon 15.
Sesi taklimat program ini telah diadakan di Dewan MBSA Kampung Sungai Kandis dan telah disampaikan oleh Cik Syafinas daripada GEC (Global Environment Centre). Zon-zon yang terlibat sama pada pagi tersebut adalah Zon 11. Antara Zon-zon lain yang terlibat secara langsung untuk program ini adalah Zon 6, 8 & 9,10,&12.
Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kualiti air di Sg. Klang yang terdapat di MPP-MPP zon yang terletak disepanjang Sg. Klang. Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjaga sungai dan alam sekitar supaya sentiasa bersih daripada bahan-bahan buangan dan toksik.
Selepas selesai taklimat setiap MPP Zon dibekalkan dengan satu ‘Water Quality Testing Kit’ iaitu alat untuk melakukan uji kaji terhadap kualiti air. Ajk-Ajk MPP dibawa menaiki van ke lokasi yang telah dipilih untuk mengambil ujian air/ menguji kualiti air dengan bantuan dan nasihat daripada Cik Syafinas bagi mendapatkan keputusan ujian yang tepat.
PEMERIKSAAN AIR
KATEGORI 1
PENGGUNAAN TANAH
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 2 iaitu
Beberapa industri, sebahagian dari kawasan telah dilapangkan.
KATEGORI 2
SAMPAH SARAP
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 2 iaitu
Banyak sampah dibuang seperti plastic dan tin, atau banyak pertumbuhan alga
KATEGORI 3
PAIP DAN LONGKANG
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 3 iaitu
Terdapat beberapa paip atau terusan.
KATEGORI 4
STRUKTUR TAMBAHAN/PENGUBAHSUAIAN
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 5 iaitu
Tiada struktur konkrit atau perubahan minima terhadap pengaliran sungai
KATEGORI 5
BAU
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 6 iaitu
Bau bahan reput, atau sedikit bau bukan semulajadi
KATEGORI 6
KEADAAN AIR
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 6 iaitu
Sedikit warna dan bahan terampai
KATEGORI 7
TUMBUH-TUMBUHAN
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 7 iaitu
Campuran tumbuhan semulajadi dan diperkenalkan, terdapat beberapa kawasan diterangkan. Sedikit hakisan.
KATEGORI 8
HAIWAN BERTULANG BELAKANG
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 5 iaitu
Dua jenis veterbrata dijumpai.
KATEGORI 9
PERGERAKAN AIR ( SUARA SUNGAI )
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 5 iaitu
Pergerakan pada kelajuan seakan berjalan perlahan-lahan, alunan air.
Pemarkahan keseluruhan diperolehi ialah 41 iaitu sederhana bermakna air sungai Kampung Sungai Kandis berkualiti Sederhana
En. Azwan daripada Jabatan Perancang memberi serba sedikit taklimat pengenalan mengenai Program River Ranger yang akan dijalankan
Ucapan alu-aluan daripada En. Adzhar Maludin Pengerusi MPP Zon 8
Taklimat River Ranger telah disampaikan oleh Dr. Kaligatesen daripada GEC (Global Environment Centre)
Peserta-peserta tekun mendengar taklimat daripada perunding GEC iaitu Dr. Kalitegesan
Peserta-peserta tiba di tempat ujian air iaitu di Kunci Air Seksyen 24 dan bersiap sedia untuk melakukan ujian
Pto Mpp Zon 8 turut sama mempelajari cara-cara menguji kualiti air sambil dibantu oleh Dr. Kali
Pengerusi MPP Zon 8 En. Adzhar Maludin turut mengambil air untuk diuji
Dr. Kali sedang menerangkan sesuatu tentang cara-cara mengisi kad laporan sungai/ujian kualiti air kepada peserta sambil diperhatikan oleh En. Adzhar Pengerusi MPP Zon 8
Tarikh : 06 Februari 2010 (Sabtu)
Masa : 2:00 petang
Tempat Taklimat : Dewan MPP Zon 8 Seksyen 24 Tempat Ujian Air : Kunci Air Jalan Bawang 25/33B Seksyen 24
Program River Ranger MPP Zon 8 telah diadakan pada 06 Februari 2010 jam 2:00 petang. Program ini telah dirasmikan oleh En. Adzhar Maludin selaku Pengerusi MPP Zon 8.
Taklimat River Ranger ini telah diadakan di Dewan MPP Zon 8 dan telah disampaikan oleh Dr. Kalitagesan daripada GEC (Global Environment Centre). Zon-zon yang terlibat sama pada petang tersebut ialah Zon 6 & 9. Program ini bertujuan untuk menguji tahap kualiti air Sg. Klang yang terdapat di MPP-MPP Zon yang terletak berhampiran Sg. Klang. Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar supaya tidak tercemar oleh bahan buangan dan toksik. Selepas selesai sesi taklimat setiap MPP Zon dibekalkan dengan satu ' Water Quality Testing Kit" untuk memudahkan MPP melakukan sendiri ujian air selepas ditunjuk ajar oleh perunding GEC iaitu Dr. Kali. Peserta-peserta River Ranger telah dibawa menaiki van ke lokasi-lokasi terpilih untuk mengambil ujian air dengan dibantu oleh Dr. Kali supaya setiap penilaian yang dibuat akan mendapatkan keputusan yang tepat.
KEPUTUSAN UJIAN PEMERIKSAAN KUALITI AIR SUNGAI
TEMPAT : KUNCI AIR JALAN BAWANG SEKSYEN 24
Kategori (1) Penggunaan Tanah
Markah = 6 (Digunakan untuk kegiatan komersil, rekreasi dan perumahan)
Kategori (2) Sampah Sarap
Markah = 4 (Banyak sampah dibuang seperti plastik dan tin, atau banyak pertumbuhan alga)
Kategori (3) Paip dan Longkang
Markah = 5 (Tiada paip drpd. perindustrian, tetapi terdapat beberapa drpd. longkang monsun)
Ketegori (4) Struktur Tambahan/Pengubahsuaian)
Markah = 4 (Terdapat beberapa struktur tambahan / beberapa perubahan pengaliran sungai)
Kategori (5) Bau
Markah = 8 (Bau yang sangat sedikit, mungkin disebabkan oleh pereputan semulajadi)
Kategori (6) Keadaan Air
Markah = 6 (Sedikit warna dan bahan terampai)
Kategori (7) Tumbuh-tumbuhan
Markah = 3 (Campuran tumbuhan semulajadi, banyak kawasan diterangkan dan terhakis)
Kategori (8) Haiwan Bertulang Belakang
Markah = 4 (Dua jenis vertebrata dijumpai)
Kategori (9) Pergerakan Air
Markah = 5 (Pergerakan pada kelajuan seakan berjalan perlahan-lahan, alunan air)
Pemarkahan Keseluruhan Ujian ialah = 45 Markah (41-60 = sederhana)
Jawatankuasa Projek Pemuliharaan dan Pembersihan Sungai Klang telah meluluskan Program RIVER Ranger Sungai Klang pada 2 hb Julai 2009 dengan kerjasama Global Environment Centre(GEC). Program River Ranger Sungai Klang ini terbahagi kepada 3 Zon Utama yang melibatkan Zon 1 (Majlis Perbandaran Klang) Zon 2 (Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya & Majlis Perbandaran Subang Jaya) dan Zon 3 (Majlis Perbandaran Ampang Jaya).
River Ranger Shah Alam ini telah ditubuhkan bagi menjayakan program tersebut yang mewakili Zon 2. Disertai oleh 10 orang yang terdiri daripada Wakil Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan diselia oleh Bahagian Pembangunan Mampan, MBSA. Pada 23hb. Januari 2010, GEC telah mengadakan Latihan praktikal di Sungai Penchala dan Desa Mentari bagi melatih komuniti sebagai river ranger untuk menjalankan kajian kualiti air di kawasan masing-masing . Komuniti ini telah diberikan ‘Kit River Ranger’ sebagai bahan ujian kualiti sungai tersebut.