Monday, February 22, 2010

RIVER RANGER MPP ZON 6

Pada 7 februari yang lalu, MPP zon 6 telah menjalankan aktiviti river ranger di peringkat zon 6 dengan kerjasama MPP zon 8 dan MPP zon 9. Program telah bermula pada jam 2.00 petang iaitu taklimat di Dewan Komuniti IT MBSA MPP Zon 8. Selesai taklimat dijalankan, semua peserta river ranger bergerak ke tapak sample air sungai di ambil. MPP Zon 6 telah memilih tapak sample air sungai di ambil adalah daripada kawasan Sungai di pinggir Kampung padang Jawa.

Berikut merupakan keputusan bacaan yang telah di ambil daripada aktiviti river ranger tersebut.

Untuk kategori 1 ( Penggunaan Tanah )
Pemarkahan yang telah di perolehi untuk kategori penggunaan tanah ini adalah 3 markah. Ia menunjukkan bahawa terdapat beberapa industri di kawan ini dan sebahagian kawasan tanah telah dilapangkan.

Untuk kategori 2 ( Sampah-sarap )
Pemarkahan yang telah diperolehi untuk kategori ini adalah sebanyak 1 yang menunjukkan bahawa terlalu banyak smpah dibuang seperti tayar, plastik dan tin serta terdapat selaput ber,minyak dan juga pertumbuhan alga.

Untuk kategori 3 ( Paip dan longkang )
Pemarkahan yang telah di perolehi untuk kategori ini adalah 3 yang menunjukkan bahawa terdapat beberapa paip atau terusan di sekitar kawasan ini.

Untuk kategori 4 ( Struktur tambahan / pengubahsuaian )
Pemarkahan yang telah diperolehi untuk kategori ini adalah sebanyak 1 markah yang menunjukkan bahawa terdapat banyak struktur tambahan dan pengubahsuaian yang besar terhadap perubahan pengaliran sungai.

Untuk kategoti 5 ( Bau )
Pemarkahan yang telah diperolehi untuk kategori ini adalah sebanyak 4 markah yang bermaksud terdapat bau yang kuat pada sample air yang mana bau tersebut adalah bau yang datang bukan daripada bahan semulajadi.

Untuk kategori 6 ( Keadaan air )
Pemarkahan yang telah diperolehi untuk kategori keadaan air ini adalah sebanyak 4 iaitu sample air menunjukkan bahawa air sedikit keruh dan / atau sedikit kehijauan dan mempunyai bahan terampai atau lapisan berminyak.

Untuk kategori 7 ( Tumbuh-tumbuhan )
Pemarkahan yang telah diperolehi untuk kategori ini adalah sebanyak 1 yang menunjukkan bahawa banyak tumbuhan yang diperkenalkan, banyak kawasan diterangkan dan lapang, terdapat padang rumput dan juga berlaku hakisan yang teruk di sekitar kawasan ini.

Untuk kategori 8 ( Haiwan bertulang belakang )
Pemarkahan yang diperolehi untuk kategori haiwan bertulang belakang ini adalah kosong, yang bermaksud tiada langsung vertebrata yang dijumpai.

Untuk kategori 9 ( Pergerakan air iaitu suara sungai )
Pemarkahan yang diperolehi untuk kategori ini adalah 6 yang menunjukkan bahawa pergerakan air sungai pada kelajuan seakan perlahan-lahan dan tedengar bunyi alunan air.

Manakal berikut merupakan Nilai Pemboleh ubah yang telah di perolehi sepanjang aktivit river ranger inidi tapak tersebut.

pH = 6

D.O = 0

Turbidity = 40 JTU

ppm = 1 ppm

Nitrate = 0

Temperature = 32

No comments:

Post a Comment