Tarikh : 07 Februari 2010 ( Ahad )
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan MBSA 27A, Jalan Sg. Gapis 27/71, Seksyen 27, 40400 Shah Alam. (Taklimat)
Lokasi pemeriksaan
Program River Ranger Sg. Klang ini telah diadakan pada 07 Februari 2010 jam 2:00 petang dan telah dirasmikan oleh En. Tan Ah Kow @ Tan Sie Wei selaku Pengerusi MPP Zon 12.
Sesi taklimat program ini telah diadakan di Dewan MBSA 27A, Jalan Sg. Gapis 27/71, Seksyen 27 dan telah disampaikan oleh Cik Syafinas daripada GEC (Global Environment Centre). Zon-zon yang terlibat sama pada petang tersebut adalah Zon 12. Antara zon-zon lain yang terlibat secara langsung untuk program ini adalah Zon 6, 8 , 9, 11 &15.
Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kualiti air di Sg. Klang yang terdapat di MPP-MPP zon yang terletak disepanjang Sg. Klang. Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjaga sungai dan alam sekitar supaya sentiasa bersih daripada bahan-bahan buangan dan toksik.
Selepas selesai taklimat setiap MPP Zon dibekalkan dengan satu ‘Water Quality Testing Kit’ iaitu alat untuk melakukan uji kaji terhadap kualiti air. AJK MPP dibawa menaiki van ke lokasi yang telah dipilih untuk mengambil ujian air/ menguji kualiti air dengan bantuan dan nasihat daripada Cik Syafinas bagi mendapatkan keputusan ujian yang tepat.
PEMERIKSAAN AIR
KATEGORI 1
PENGGUNAAN TANAH
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 2 iaitu
Beberapa industri, sebahagian dari kawasan telah dilapangkan.
KATEGORI 2
SAMPAH SARAP
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 5 iaitu
Ada beberapa sampah dibuang seperti plastik dan sisa kebun.
KATEGORI 3
PAIP DAN LONGKANG
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 1 iaitu
Terdapat banyak paip daripada perindustrian, dan/atau loji kumbahan, dan/atau longkang monsun.
KATEGORI 4
STRUKTUR TAMBAHAN/PENGUBAHSUAIAN
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 8 iaitu
Tiada langsung struktur tambahan atau pengubahan tidak semulajadi.
KATEGORI 5
BAU
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 8 iaitu
Bau yang sangat sedikit, mungkin disebabkan oleh pereputan semulajadi.
KATEGORI 6
KEADAAN AIR
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 3 iaitu
Sedikit keruh dan/atau sedikit kehijauan dan mempunyai bahan terampai atau lapisan minyak.
KATEGORI 7
TUMBUH-TUMBUHAN
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 3 iaitu
Campuran tumbuhan semulajadi dan diperkenalkan, terdapat beberapa kawasan diterangkan. Sedikit hakisan.
KATEGORI 8
HAIWAN BERTULANG BELAKANG
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 5 iaitu
Dua jenis veterbrata dijumpai.
KATEGORI 9
PERGERAKAN AIR ( SUARA SUNGAI )
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 2 iaitu
Sedikit pergerakan dengan air yang bercampur-campur, kedalam cetek.
Pemarkahan keseluruhan diperolehi ialah 37 iaitu tidak baik bermakna air sungai Kampung Baru Hicom berkualiti tidak baik.
No comments:
Post a Comment