Tarikh : 07 Februari 2010 ( Ahad )
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Dewan MBSA Kampung Sungai Kandis (Taklimat)
Lokasi : Kunci Air Kampung Sungai Kandis
pemeriksaan
kualiti air
Program River Ranger Sg. Klang ini telah diadakan pada 07 Februari 2010 jam 9:00 pagi dan telah dirasmikan oleh En. Abdul Manaff b. Hj. Yusoff selaku Pengerusi MPP Zon 15.
Sesi taklimat program ini telah diadakan di Dewan MBSA Kampung Sungai Kandis dan telah disampaikan oleh Cik Syafinas daripada GEC (Global Environment Centre). Zon-zon yang terlibat sama pada pagi tersebut adalah Zon 11. Antara Zon-zon lain yang terlibat secara langsung untuk program ini adalah Zon 6, 8 & 9,10,&12.
Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kualiti air di Sg. Klang yang terdapat di MPP-MPP zon yang terletak disepanjang Sg. Klang. Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjaga sungai dan alam sekitar supaya sentiasa bersih daripada bahan-bahan buangan dan toksik.
Selepas selesai taklimat setiap MPP Zon dibekalkan dengan satu ‘Water Quality Testing Kit’ iaitu alat untuk melakukan uji kaji terhadap kualiti air. Ajk-Ajk MPP dibawa menaiki van ke lokasi yang telah dipilih untuk mengambil ujian air/ menguji kualiti air dengan bantuan dan nasihat daripada Cik Syafinas bagi mendapatkan keputusan ujian yang tepat.
PEMERIKSAAN AIR
KATEGORI 1
PENGGUNAAN TANAH
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 2 iaitu
Beberapa industri, sebahagian dari kawasan telah dilapangkan.
KATEGORI 2
SAMPAH SARAP
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 2 iaitu
Banyak sampah dibuang seperti plastic dan tin, atau banyak pertumbuhan alga
KATEGORI 3
PAIP DAN LONGKANG
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 3 iaitu
Terdapat beberapa paip atau terusan.
KATEGORI 4
STRUKTUR TAMBAHAN/PENGUBAHSUAIAN
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 5 iaitu
Tiada struktur konkrit atau perubahan minima terhadap pengaliran sungai
KATEGORI 5
BAU
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 6 iaitu
Bau bahan reput, atau sedikit bau bukan semulajadi
KATEGORI 6
KEADAAN AIR
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 6 iaitu
Sedikit warna dan bahan terampai
KATEGORI 7
TUMBUH-TUMBUHAN
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 7 iaitu
Campuran tumbuhan semulajadi dan diperkenalkan, terdapat beberapa kawasan diterangkan. Sedikit hakisan.
KATEGORI 8
HAIWAN BERTULANG BELAKANG
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 5 iaitu
Dua jenis veterbrata dijumpai.
KATEGORI 9
PERGERAKAN AIR ( SUARA SUNGAI )
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 5 iaitu
Pergerakan pada kelajuan seakan berjalan perlahan-lahan, alunan air.
Pemarkahan keseluruhan diperolehi ialah 41 iaitu sederhana bermakna air sungai Kampung Sungai Kandis berkualiti Sederhana
No comments:
Post a Comment