Wednesday, February 10, 2010

River Ranger MPP Zon 12

Tarikh : 07 Februari 2010 (Ahad).
Masa : 2.00 petang.
Tempat Taklimat : Dewan MBSA 27A, Jalan Sg. Gapis 27/71, Seksyen 27, 40400 Shah Alam.
Lokasi pemeriksaan kualiti air : Taman Alam Indah, Seksyen 33.


Program River Ranger Sg. Klang ini telah diadakan pada 07 Februari 2010 jam 2:00 petang dan telah dirasmikan oleh En. Tan Ah Kow @ Tan Sie Wei selaku Pengerusi MPP Zon 12.
Sesi taklimat program ini telah diadakan di Dewan MBSA 27A, Jalan Sg. Gapis 27/71, Seksyen 27 dan telah disampaikan oleh Cik Syafinas daripada GEC (Global Environment Centre). Zon-zon yang terlibat sama pada petang tersebut adalah Zon 12. Antara zon-zon lain yang terlibat secara langsung untuk program ini adalah Zon 6, 8 , 9, 11 &15.



Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kualiti air di Sg. Klang yang terdapat di MPP-MPP zon yang terletak disepanjang Sg. Klang. Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjaga sungai dan alam sekitar supaya sentiasa bersih daripada bahan-bahan buangan dan toksik.




Selepas selesai taklimat setiap MPP Zon dibekalkan dengan satu ‘Water Quality Testing Kit’ iaitu alat untuk melakukan uji kaji terhadap kualiti air. AJK MPP dibawa kenderaan Majlis ke lokasi yang telah dipilih untuk mengambil ujian air/ menguji kualiti air dengan bantuan dan nasihat daripada Cik Syafinas bagi mendapatkan keputusan ujian yang tepat.













PEMERIKSAAN AIR


KATEGORI 1
PENGGUNAAN TANAH
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 1 iaitu
Banyak industri, hampir keseluruhan tanah telah dilapangkan, tanah terdedah persekitaran terganggu.

KATEGORI 2
SAMPAH SARAP
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 1 iaitu
Terlalu banyak sampah dibuang seperti tayar, plastik dan tin, selaput berminyak dan pertumbuhan alga.



KATEGORI 3
PAIP DAN LONGKANG

Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 1 iaitu
Terdapat banyak paip daripada perindustrian, dan/atau loji kumbahan, dan/atau longkang monsun.

KATEGORI 4
STRUKTUR TAMBAHAN/PENGUBAHSUAIAN
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 8 iaitu
Tiada langsung struktur tambahan atau pengubahan tidak semulajadi.


KATEGORI 5
BAU
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 6 iaitu
Bau bahan reput, atau sedikit bau bukan semulajadi.

KATEGORI 6
KEADAAN AIR

Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 3 iaitu
Sedikit keruh dan/atau sedikit kehijauan dan mempunyai bahan terampai atau lapisan minyak.


KATEGORI 7
TUMBUH-TUMBUHAN

Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 6 iaitu
Campuran tumbuhan semulajadi dan diperkenalkan, terdapat beberapa kawasan diterangkan. Sedikit hakisan.

KATEGORI 8
HAIWAN BERTULANG BELAKANG
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 9 iaitu
Lebih daripada tiga jenis vertebrata dijumpai.


KATEGORI 9
PERGERAKAN AIR ( SUARA SUNGAI )
Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 8 iaitu
Pergerakkan baik, kelajuan seakan berjalan laju, alunan air.

Pemarkahan keseluruhan diperolehi ialah 43 iaitu sederhana bermakna air sungai Taman Alam Indah, Seksyen 33 berkualiti sederhana.

No comments:

Post a Comment