Wednesday, February 10, 2010

RIVER RANGER MPP 11












RIVER RANGER MPP 11

Tarikh : 07 Februari 2010 ( Ahad )

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Dewan MBSA Kampung Sungai Kandis (Taklimat)

Lokasi : Kunci Air Kampung Lombong Syeksyen 29, Shah Alam.

pemeriksaan

kualiti air

Program River Ranger Sg. Klang ini telah diadakan pada 07 Februari 2010 jam 9:00 pagi dan telah dirasmikan oleh En. Abdul Manaff b. Hj. Yusoff selaku Pengerusi MPP Zon 15.

Sesi taklimat program ini telah diadakan di Dewan MBSA Kampung Sungai Kandis dan telah disampaikan oleh Cik Syafinas daripada GEC (Global Environment Centre). Zon-zon yang terlibat sama pada pagi tersebut adalah Zon 15. Antara Zon-zon lain yang terlibat secara langsung untuk program ini adalah Zon 6, 8 & 9,10,&12.

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kualiti air di Sg. Klang yang terdapat di MPP-MPP zon yang terletak disepanjang Sg. Klang. Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjaga sungai dan alam sekitar supaya sentiasa bersih daripada bahan-bahan buangan dan toksik.

Selepas selesai taklimat setiap MPP Zon dibekalkan dengan satu ‘Water Quality Testing Kit’ iaitu alat untuk melakukan uji kaji terhadap kualiti air. Ajk-Ajk MPP dibawa menaiki van ke lokasi yang telah dipilih untuk mengambil ujian air/ menguji kualiti air dengan bantuan dan nasihat daripada Cik Syafinas bagi mendapatkan keputusan ujian yang tepat.

PEMERIKSAAN AIR

KATEGORI 1

PENGGUNAAN TANAH

Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 10 iaitu

Keadaan asal terpelihara, tiada penggunaan dari manusia.

Punca-punca air : Punca air dari saliran asal kampong ke kampong.

KATEGORI 2

SAMPAH SARAP

Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 8 iaitu

Satu dua samapah di buang dan terdapat daun daripada tumbuhan sekitar terapung di atas air.

KATEGORI 3

PAIP DAN LONGKANG

Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 6 iaitu

Tiada paip daripada perindustrian tetapi terdapat beberapa daripada longkang monsun.

KATEGORI 4

STRUKTUR TAMBAHAN/PENGUBAHSUAIAN

Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 7 iaitu

Tiada struktur konkrit atau perubahan minima terhadap pengaliran sungai

KATEGORI 5

BAU

Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 9 iaitu

Bau yang sangat sedikit , mungkin di sebabkan oleh proses pereputan semulajadi.

KATEGORI 6

KEADAAN AIR

Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 7 iaitu

Sedikit warna dan bahan terampai

KATEGORI 7

TUMBUH-TUMBUHAN

Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 10 iaitu

Sebahagian besarnya adalah tumbuhan semula jadi, sedikit kawasan diterangkan, tumbuhan semulajadi sehingga jarak 30m dari tebing sungai.Tiada hakisan.

KATEGORI 8

HAIWAN BERTULANG BELAKANG

Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 0 iaitu

Tiada langsung vetebrata yang dijumpai.

KATEGORI 9

PERGERAKAN AIR ( SUARA SUNGAI )

Markah yang dapat dari hasil ujian adalah 8 iaitu

Pergerakan pada kelajuan seakan berjalan perlahan-lahan, alunan air.

Pemarkahan keseluruhan diperolehi ialah 65 iaitu sederhana bermakna air sungai Kampung Lombong berkualiti baik.


No comments:

Post a Comment